Monday, November 29, 2010

POTRET BERBINGKAI EMAS.

Dalam gerimis malam yang membasah
Terbias aku aura semangat yang resah
Sejenak potret berbingkai emas kutatap
Seraut wajah di depanku
wajah yang tak pernah kenal erti kalah
Menyimpan sejuta makna lara...

Sejarah hidup penuh luka hitam
Mengundang gerhana yang panjang
Hati mana yang tidak terusik
Bila sang mentari tidak lagi setia
Menemani alam rumahtangganya

Aura semangat yang kian lelah ini
Kulontarkan sejuta rahsia
Bersaksikan langit dan bumi
Bersama naluri yang murni
Inginku mendoakan kebahagiaanmu
Wanita yang kutatap potret berwajah hiba
Adalah isteri solehah
Yang bahagianya entah di mana

Temanku
Seraut wajahmu kutatap lagi..berulangkali..
Barangkali,putaran waktu bisa menjernihkan kembali
Membersihkan hati seorang lelaki yang bergelar suami
Menghargai kasih yang di beri
Memberikanmu surga bahagia
Semahal anugerah seistimewa wanita solehah
Selayaknya kau terima sejak bergelar"isteri"....

KARYA:JIWA BAHAGIA(ZIE).
KOTA MAHSURI.LANGKAWI,KEDAH.



NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY

SYARAT PENYERTAAN

saya dah baca blog nina..menarik! hati terus berbisik.."aku kena follow blog nina's collections dan loveninasyakina" hingga ke ayat terakhir. mungkin ada suatu perkara yang boleh membuatkan aku merasa sangat istimewa dengan cabaran ini.

langkah seterusnya..

sy kena
copy Banner yg kt atas tu.. then kena paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog sy..
banner tu ada gmbar bunga mawar wrna merah menyala..dan berkembang indah..tentunya harum dan wangi..secantik pemiliknya...=)

bagi sy merah itu lambang keberanian..berani dlm mengejar impian hidup .Jika mawar merah itu berada di taman,ia pasti menjadi tumpuan kerana keharuman dan kecantikannya yang menyerlah...seandainya ia menjadi hiasan di rumah , ia pastinya menjadi penawar kepada penghuninya.TAPI AWAS!
mawar yang merah dan mengharum ini bisa bertukar menjadi racun yang berbisa...berhati-hatilah...

seterusnya...sy perlu ..

buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog sy,
buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu

ok ..siap!

pastu..sy perlu
tinggalkan comment, nama, email dan link entry sy pada comment giveaway ini

orait..siap!
finally :

Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)


mereka yg ditag :

atia qistina

mardihah ishak

lynda yusof


sy menyertai give away ini bukan kerana hadiah yg ditawarkan..namun...biarlah kata-kata di atas menjadi inspirasi yg berguna utk semua yg bergelar wanita..akhir kalam ku sudahi dgn sebuah puisi...

indahkan dirimu dgn kalimah suci
perelokkan peribadimu dgn iman
moga hatimu,dirimu dan duniamu
menjadi sempurna
di mata Pencipta.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA