Monday, September 27, 2010

MENCARIMU.

Saat aku bersamaMu
Seperti berteduh di bawah rimbunan mimpi
Tiada pintu tertutup
Hanya waktu yang menunggu
Untuk mencari Mu

Saat aku bersamaMu
Berkeping-keping memoriku
Memenuhi ruang inderaku yang waras
Kornea mataku yang berkaca
Mengagungkan kedamaian dunia
Bila badan dan jiwa saling bersatu
Denyut jantung ini dengan izinMu

Saat aku bersamaMu
Menyusur laluan yang berliku
Bergelora cabaran memaut tubuh kerdilku
Halangan melintangi penuh jerit perih
Hati terbahagi dua:
Cinta dunia membawa pulangan harta
Cinta akhirat mengutus salam surga
Manakah lebih bermakna ?

Saat aku bersamaMu
Kuhimpunkan fitrah asal kejadianku
Keberkatan hidup yang hakiki
Perjuangan membina ketakwaan suci
Jihad ini satu pergorbanan darah
Dalam mencari sempadan iman
Aku mengawal emosi yang hanyut
Tegarnya hati ini ,ampuhkan peganganku
Biar cintaku hanya padaMu Yang Satu
Kekal sampai ke negeri akhiratMu...

KARYA:JIWA BAHAGIA(ZIE)
KG.BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
28.09.2010.

Thursday, September 23, 2010

Aku MENANGIS KERANAMU.

Aku menyerah kepadaMu
Setelah penat berlari
Mengelilingi alam tanpa henti
Mengajar aku mengenal eri suka dan duka

Kutemui sepasang kekasih
Memadu asmara dan berjanji setia
Bagaikan putera bertemu permaisuri
Bagaikan dewa dan dewi
Bidadari turun dari kayangan
Menyalakan api cinta,meniupnya ke jiwa
Mereka bercanda mesra
Bahagia itu meresap aneh ke taman surgawi...

Kutemui sepasang merpati
Saling berdendang sayang melagukan melodi indah
Berpaut di ranting yang rapuh
Akhirnya patah terkulai cedera
Tak ada yang sudi menyembuhkan keduanya
Berakhirlah riwayat kasih yang sudah tercipta
Rupanya ada hati yang telah mati
Sanggup membiarkan harapan dan hayat teraniaya

Kutemui sebuah taman
Kosong dan sepi seolah tiada penghuni
Di sinilah aku membina semula sesuatu yang pernah aku kehilangan
Kasihsayang,keyakinan,kepercayaanku
Kerana aku percaya kemampuanku tidak pernah terbatas
Walau rindu sering berselimut dalam kalbu
Walau ribut sering bertamu dalam tamanku
Aku menyusun iktikad yang jitu:
jiwaku tidak pernah membeku
Andai rumah ini kujadikan sebuah surga
Di dalamnya ada taman sufi yang penuh barakah
Ku hiasi dengan wangian iman dan janji yang tidak akanku mungkiri lagi

Ya Allah,keranaMu aku menangis
Setelah aku menjumpai semula cahayaMu
Aku tunduk rukuk dan sujud
Ya Allah ,keranamu aku menangis
Setelah aku menyedari segala kekhilafan yang pernah terjadi...!!!!!!!!!!!.

KARYA:CHE AZIAH BT DAUD.
KG.BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
24 .09.2010.

Wednesday, September 22, 2010

Setelah Matahari Terbenam.

Melihat matahari terbenam di ufuk seperti melihat satu kesedihan.Sedih andainya kali terakhir berupaya melihat matahari terbenam.Ada ngilu mencusuk di hati..malam seakan tiada berbintang.Ku terkenang peristiwa belasan tahun yg lalu.Aku menerima sepucuk warkah dari org yg sgt akrab dlm hidupku.Kami mmbesar bersama...malah sisi hidupnya sudah mnjadi sebuah buku dlm hidupku.
Buruk baik tingkahlaku aku simpan di hati.Kerna org itu akrab di jiwaku.Separuh rahsianya terbuku dan membeku di dlm albumku.Aku pernah di sakiti,di fitnah dan di lakukan sesuka hati.Pun begiu demi rasa kasihku ,aku mmbuka warkah itu.Aku mengerti luahan hati seorang isteri yg si khianati cintanya.Aku memahami kisahnya yg di benci mertua dan keluarga suami.Malah tdk keterlaluan jika aku katakan semua itu berpunca dari diri sendiri...diri yg lemah dlm pergaulan,kurang ilmu kehidupan dan sering gagal mmbina keyakinan org lain trhadap kemampuan kita..
Aku terus mmbaca warkah duka itu..penuh luka,dendam dan harapan yg tdk pernah kesampaian!Apa yg mampu aku lakukan utk menggembirakan hati org yg kukasihi?Apa yg boleh aku buat utk mmulihkan keyakinan nya bila suami yg si percayai akn bernikah dgn org yg ia cintai suatu waktu dulu?Aku simpati..hidup ini penuh variasi!!
Tanpa berlengah segera kubalas nota penuh luka itu.Aku berada sgt jauh dr org yg sgt kukasihi itu.Naluriku bercanda lagu pilu.Aku harus menenangkannya kerana akulah org yg paling dekat dgnnya.Kami pernah tidor sebantal,makan sepinggan dan saling berharap suatu masa bila satu susah,satu yg lain memahami dan mengerti.Aku sgt memahami kelukaan itu kerana aku seorg isteri ,ibu dan wanita!
Justeru dlm surat ku kirim lewat kejauhan aku mmberi kata-kata semangatku:
bersabar saat duka mendatangimu
berserah andai usaha mu utk berbakti kpd seluruh keluargamu telah di tunaikan
berfikirlah sejenak mungkin aku insan terpilih menerima ujian sehebat ini
berterimakasih andai ini jalan terbaik untuk kami
berilah peluang utk satu kesilapan,mana tahu kebenarannya ada pada hikmah yg tersembunyi
Akhirnya aku turut mendoakan seikhlas jiwa:YaAllah,ampunilah kesalahannya,berilah kekuatan iman dan jiwanya.Aku berharap kesedihannya akan di ganti dgn sejuta nikmat kebahagiaan yg tiada tolok bandingnya.Aku tahu kesakitan ini hanya secebis anugerahMu..tunduk,rukuk dan sujudlah di saf yg sama dgn mukmin yg sama teraniaya.Mohonlah petunjuk Allah kerana itulah jalan terbaik bagi kita.Jgn sesekali menyerah sebelum berjuang...
Terimakasih Tuhan..setelah belasan tahun aku masih berkesempatan melihat matahariMu bersinar lagi..meskipun terbenam bintang setia menemani.Bulan turut menghadiahkan cahayanya..bergantian hari,minggu.bulan,tahun dan musim beribu kali bertukar iklim..cuaca yg pelbagai..nikmat kebahagiaan itu akhirnya berganda tiba di laman rumahnya!!!!!!!!
Masya'allah,Allah Maha Adil .Allah Maha Mendengar...kenikmatan itu terserlah dan menyerlah.Aku tersenyum gembira bila org yg sgt akrab di hatiku selama ini mndapat ganjaran yg sgt besar dr Allah S.W.T.
Subhana'llah,aku kagum dgn rezekinya yg melimpah ruah..akhirnya dia mndapat sesuatu yg melebihi dr kepahitan yg pernah di tanggungnya.Wang,harta,kemewahan dan anak menantu yg cukup sempurna.Malah syukurku tdk terhingga melihat apa yg Allah berikan untuknya.Hatiku berbisik:
Itulah nikmat Tuhan bagi org yg bersabar dgn ujianNya
Itulah rahmat Tuhan bila kita redha dgn kekurangan yg di timpa kan utk kita
Itulah janji Tuhan bila kebaikan manusia di beri anugerah setimpal dgn perbuatan kita di dunia ini.Melihat semua keajaiban ini aku terus menitis airmta..terkenang perjalanan hidupnya dulu.tragis,trauma dan drastik sekali!Apa pun aku berharap kebahagiaan itu akan berkekalan selamanya.Milik itu jgn kau hilangkan lagi......
Airmataku menitis lagi.Kisah ini benar-benar terjadi di depanku.Bersyukurlah dgn sesungguh hati.Pesanku:jgn riak dan takbur.Jgn khianati dn mmbuat fitnah yg boleh merosakkan kepercayaan org lain terhadap kita.Sebaik mmberi usahlah yg lain mengetahui.Aku bimbang dan takut andainya Allah menarik balik semua nikmat yg selama ini di beri...doaku berbahagialh sepanjang waktu.Aku tetap ingat sampai bila-bila apa yg telah terjadi antara kita..kita saudara yg berkongsi rahim yg sama.Bezanya kau dn aku mmpunyai kehidupan yg berbeza!!!
Matahari,sebelum terbelum aku rasa belum terlewat utk mengundang bintang bersamaku..wahai kaum keluargaku:bersatulah demi kesejahteraan hidup kita.Badan tnpa jiwa,jiwa tanpa badan akan jadi tidak sempurna.!!!!!!!!!!!!!Tanpa keluarga,aku sepi....keluargaku marilah kita bersatu untuk melangkah...

Wednesday, September 1, 2010

KEBERUNTUNGAN.

Keberuntungan tdk akan selalu mendatangi kita..kdg-kdg sekadar menyapa ,singgah dn pergi...beruntungkah kita bila memilik semua yg di impikan tanpa bersusah payah?Beruntungkah kita bila kebahagiaan yg selalu di dambakan terus melekat di dlm diri kita?
Janganlah kita berasa beruntung di atas kerugian org lain,mungkin satu hari keruntungan itu akan brtukar mnjadi satu kehilangan yg tiada lagi gantinya...uruskan jiwa kita dgn bingkai-bingkai kebenaran..jika jiwa kita kering gersang dn tandus,suburkanlah dgn benih-benih kebaikan.Sementari matahari belum terbenam,berfikirlah untuk menyemai tunas yg berguna utk diri dn masa depan!
"Benih azam yg menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yg tdk pernah pudar.Ayuh...bangun merentangi tentangan demi mekarnya sebuah kejayaan"
"Tiada serupa sebelumnya
Tiada setara sesudahnya
Beliau adalah cahaya yg hanya terbit sekali
Terangnya tdk putus walau ia telah lama mati.Dialah HAMKA"-pujangga yg kuminatisepenuh jiwa!

KEMBANG YANG WANGI

Jika di hadiahkan aku sebidang tanah
Akan ku dirikan sebuah istana
Di dalamnya dihuni insan yang berbudi
Menyayangi dan menghargai setiap pemberian
Hati-hati penuh suci
Diri yang saling mengerti
Hakikat sebuah hubungan

Jika aku di beri sebuah taman
Akan ku tanam benih-benih kebaikan
Berkembang biak putik-putik harapan
Sewangi bunga-bunga yang berkembang anika warna
Melunakkan mata memandang
Menyejukkan jiwa yang berduka

Jika di kosongkan satu halaman kertas
Akan kutulis semua memoriku
Biar kering tintaku
Biar hilang ilhamku
Biar penuh lembaran-lembaran berisi kisah suka dukaku
Biar pengalamanku menjadi lautan
Tahan di lambung ombak ganas..

Haruskan aku di berikan semua itu
Jika tangan ini tidak mampu menahan ujian
Jika bahu ini tidak mampu menanggung bebanan
Haruskan aku di anugerahkan segala hasrat
Jika aku hanya mengutip daun-daun yang luruh?

Aku ingin membina istana dalam sebuah taman
Sekuntum bunga yang kembang wangi
Sebuah buku yang penuh emosi mengukir ilusi
Sebuah kehidupan memaut mimpi-mimpi penuh keindahan
Bukan sekadar tapak kosong yang di tinggalkan
Tiada erti,tiada makna dan tiada pengharapan.......

KARYA:CHE AZIAH BT DAUD.
KG.BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
2 SEPTEMBER 2010.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA